Thursday, May 19, 2011
Cuti-cuti..apa la nak buat ye cuti lama-lama ni.
Mula dh bosan duduk rumah.
Nak kerja apa ye..
Dh byk apply kerja tapi....
Semuanya hampeh. Ada cakap saya mcm x cukup umur???
Memang mensirap la kan.
Saya dh besar ok walaupun badan kecil.
Nak mintak kerja je nk resume.
Mana lah pernah buat resume sebab tak pernah kerja pun before this.
Nilah first time nak kerja. Ay0yo..
Pening kepalaku nak buat resume.
Nasib baik ada Mr GOOGLE.
Kurang lah beban kepala aku nak buat resume.
Okay la aku nak kongsi ngn korang cara-cara penyediaan resume okay.
Perkara yang penting perlu ada dalam penyediaan resume adalah:
Selain kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang dipohon, kebanyakan majikan berminat terhadap ciri-ciri kepimpinana/ kerja berkumpulan, komitmen, dan yang paling penting,kemahiran berkomunikasi - yang boleh diringkaskan sebagai
- Berupaya menyampaikan pandangan anda dan difahami oleh orang lain.
- Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pandangan anda
- Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.
- Resume buakn riwayat hidup anda.
- Jumlah halaman resume adalah tidak penting
- Gunakan kata kerja aktif
- Gunakan nahu,tatabahasa dan ejaan yang betul.
- Gunakan penomboran sebagai daya penarik
- Pendidikan
- Senaraikan kursus yang diminati
- Senaraikan aktiviti luar
- Kemahiran khusus
- Gambar
- Butiran peribadi
- Gaji
- Rujukan
- Jadikan permohonan anda menarik
- Elakkan resume yang standard
- Elakkan surat iringan yang standard
- Mulakan penyelidikan anda sekarang
- Berhati-hati dengan laman web
- Lupakan format tradisional.
RESUME CONTOH 1
Graduan cadangkan anda menggunakan jenis tulisan dan gaya penyusunan sendiri untuk surat berikut. Hadkan kepada dua mukasurat.
SURAYA ABDULLAH
45 Jalan Yap Kwan Seng, 47000 Selangor
Telefon rumah: 03-1234 4321, Telefon bimbit: 012-1234 432
Nombor K/P: 801222-06-5098 FOKUS KERJAYA
Kerjaya dalam Kewartawanan Penyiaran dengan membuat siaran laporan di televisyen KEKUATAN
Mempunyai inisiatif, sikap ingin tahu, kreatif dan analitikal.
Bersemangat, menawan dan meyakinkan
Kemahiran berkomunikasi/pidato umum yang kuat –
fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Perilaku seorang professional
Kebolehan menyelidik dengan rajin & tekun PENDIDIKAN
Universiti Malaya – Kuala Lumpur
BA (Mass Communications) – Disember 2002
Mengekalkan GPA 3.5 dalam tahun 2001 dan 2002 – Senarai Dekan
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam (2002) bagi Majlis Pelajar
Kerja Kursus yang Berkaitan
Kewartawanan – Sains Politik – Hal Ehwal Antarabangsa – Penulisan Kreatif –
Kesusasteraan – Penulisan Skrip – Perhubungan Awam – Pengiklanan – Pemasaran –
Rekaan Grafik – Pembangunan Kandungan Web PENGALAMAN Ogilvy & Mather PR – Kuala Lumpur Eksekutif PR
Bertugas sepenuh masa semasa cuti 2001. Tanggungjawab: Menyediakan siaran akhbar, hubungan media, membantu menganjurkan dua Sidang Akhbar. NTV7 – Kuala Lumpur Pelatih
Bertugas sepenuh masa sebagai sebahagian daripada latihan praktikal dalam program tahun akhir. Tanggungjawab: Menghadiri sidang akhbar, menulis skrip untuk siaran, menyunting gambar untuk siaran, membantu penerbit rancangan temubual ‘Dateline’ untuk mengesahkan tetamu. Dikepilkan: Rujukan |
RESUME CONTOH 2
Graduan cadangkan anda menggunakan jenis tulisan dan gaya penyusunan sendiri untuk surat berikut. Hadkan kepada dua mukasurat.
S Sivamaniam
90 Jalan Indah
Paya Indah
50000 Klang
Selangor | Telefon rumah: 03-1234 4321
Telefon bimbit: 012-1234 321 |
Jurutera/ Penyelaras Projek – (BSc.) dalam Kejuruteraan Awam dengan Pengkhususan dalam Kejuruteraan Alam Sekitar |
OBJEKTIF | Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar. |
PENDIDIKAN | Memperoleh BSCE dengan pengkhususan dalam EE dari Southern Illinois University di Carbondale, AS pada Mei 2002. |
KERJA KURSUS YANG BERKAITAN | Mekanik tanah, mekanik bendalir, kejuruteraan geoteknikal, kejuruteraan struktur, kejuruteraan hidraulik, kejuruteraan kaji ukur, rekacipta kemudahan alam sekitar, termodinamik, pemulihan tapak tercemar, menyemak permohonan permit dan pembangunan standard alam sekitar. |
KEJAYAAN | Ahli Majlis Pertubuhan Pelajar Asing (2000-2002)
Ahli Pasukan yang memenangi Debat Antara Varsiti
Bangunan Pencakar Langit di Masa Hadapan yang berkonsepkan Mesra Alam
Pemenang Pelajar Terbaik 2001 Anugerah Kejuruteraan Awam |
KEKUATAN | Kreatif, kerjasama ahli kumpulan, kuat bekerja, kemahiran organisasi yang cemerlang, kemahiran menulis dan bertutur yang cemerlang, penyelesai masalah |
LOKASI TUJUAN | Malaysia. Sanggup untuk bertugas di luar negara untuk tugasan sementara. |
TARIKH BERMULA | Dengan serta merta |
RUJUKAN | Disertakan |
|
Ha inilah yang boleh aku kongsi..
SELAMAT berRESUME! :)
8:55 PM