image
I SpEaK iN sILeNcE mOdE's Blog
image image image image
Friday, February 25, 2011


Sedih giler tu……pastikan tisu berada di sisi anda…
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta… yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai ‘imah’ je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni ‘abang’ je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh…
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
…Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih… maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..
Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh…
tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2…
sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.
Razak pun memberanikan diri dia… jumpa imah. dia gi le rumah
imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.
razak cakap..”susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat
masa sepeninggalanku” imah terperanjat… “err bila masa
lak nih.. aku setia apa…” kata imah razak berkata…
tersedu2.. ” Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
…” imah terdiam… “tamat lah hubungan kita disini sahaja
…” tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK
tu……seraya berkata ” dengarlah lagu ini…, khas untuk mu…”
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang
menangis…
I can tell by your eyes
That you’ve probably been crying forever
And the stars in the sky
Don’t mean nothing to you
They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart
imah terdiam… masih menangis….razak sambung…
If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night’s fears
The stars in the sky
Don’t mean nothing to you
> They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart
“suara razak terus mendayu2….
“My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!”
razak ulangi phrase yg sama…….imah terdiam…walaupun
air mata masih mengalir…
My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!”
setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu…
tiba2 mulut imah berkata … ” abang, imah nak beritahu
abang sesuatu” “katakan lah duhai imah” jawap razak dengan
suara perlahan… ” err…… err…” kata imah dlm keadaan
bersalah…”katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup
terima…” tambah razak…perlahan2.. imah berkata
“abang…”
“sebenarnya… imah tak paham bahasa Inggeris…”


sekian dari saya... 


8:10 PM

Tuesday, February 22, 2011

Saya rindu awak..

Saya rindu bau awak..
Saya rindu awak pegang tangan saya..
Saya rindu awak peluk bahu saya..
Saya rindu awak dengki saya..
Saya rindu awak cubit2 pipi saya..
Saya rindu nak bergmbar dgn awak..
Saya rindu wajah awak..

Saya selesa dengan awak..

Saya rindu awak!!

Saya sayang awak!!


p/s: semua ini hanya kenangan..

12:19 AM

Monday, February 21, 2011

  1. Orang yg mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu yang dia tahu di hati  dan matanya hanya ada kamu yg satu-satunye.. 
  2. Walaupun kamu memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak pedulik. Baginya yang penting kamu bahagia n kamu tetap menjd impiannye.
  3. Orang yg mencintai kamu selalunye akan menerima kamu apa adanye, di hati dan matanye kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa berat bdn kamu telah bertmbhh.
  4. Orang yg mencintai kamu selalu ign tahu tentang apa yg kamu sedg lakukan.
  5. Orang yg mencintai kamu akan menghantar msj "SELAMAT PAGI", "SELAMAT MALAM", "TAKE CARE" n dll... walaupun kamu tidak membalas msj, krn dgn kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanye, menyatakan dalm cara yg berbeza bkn "ak CINTA padamu" tp berselindung ayt dari kata cinta itu.
  6. Orang yg mencintai kamu akn igt setiap peristiwa yg dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yg kamu sendiri telah lupakan, kerana saat itu adlah sesuatu yg berharga untuknye. Dan saat itu matanye, pasti berkaca, krn saat bersamamu x dpt berulg kembali.
  7. Orang yg mencintai kamu akn selalu igt akn kata-kata yg kamu ucapkan, bahkan kata-kata yg mungkin kamu sendiri sudah lupa, krn dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa byk kata-kata harapan yg kau beri, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa...
  8. Jika kamu kata padanya kamu kurang sehat pasti dia akan selau sms or menelefon kamu untk menayakan khabar mu krn dia bimbang tentang kamu,pedulik tentang kamu.
  9. Jika kamu menyatakan kamu akn menghadapi ujian, dia akn bertanya bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan wish "GOOD LUCK" untuk memberi semangat kpd kamu.
  10. Orang yg mencintai kamu akn memberikan sesuatu brg miliknya yg mungkin buat kamu itu adalah sesuatu brg yg biasa, tetapi bgnya brg itu trlalu istimewa.
  11. Orang yg mencintaimu selalu ingin menghbskan masa bersama dengan mu dan menghbskan ari2 nye bersama kamu,
  12. Orang yg mencintaimu tidak akn memaksa kamu berikan alsan walaupun hatinya meronta ingin tahu, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnye.Saat kau tinggalkan nye dia berlalu dgn redha krn dia tahu apa itu CINTA.
  13. Jika suatu saat kamu merinduinye dan ingin memberinya kesempatan dia akn menunggu kamu kerana dia x pernah mencari org lain. Kerana dia sentiasa menunggu mu.
  14. Dan jika  kamu memberi reaksi menolaknya, dia akan menyendiri dan akn menghilang dari  kehidupan kamu walaupun itu membunu hatinya.
  15. Jika suatu saat kamu berpindah ke daerah lain, dia sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yg boleh membuat pengaruh buruk pda kamu. Dan jauh di hatinya dia benar2 takut kehilangan kamu,. pernah dgr "jauh dimata, jauh di hati".

setakat ini sahaja untuk hari ini..
renung2 kan dan selamt beramal... Assalamualaikum...

4:23 AM

Sunday, February 20, 2011




Kita berjumpa kerana takdir...
kita berkawan kerana kasih cyg..
kita bersama kerana hati...
kita berpisah kerana cita-cita...
kita bergaduh kerana satu ikatan...

Tapi.......

Bukan mudah untuk kekalkan...
Bukan mudah untuk teruskan...
Bukan mudah sehingga sekarang...

Tapi.......

Ajal, maut, jodoh,pertemuan..
Semuanye kerana ALLAH...





2:42 AM

Thursday, February 17, 2011




Apalah mimpi ak rini  pagi2 buka laptop comel ni.
ni la bahana x ley nk tido.
padhal sok admid term math.
stdy x hbs lagi..
ble bukak buku mata ngntuk dh dok ats katil mata terang lak..
haish... ni y ukak laptop ni ha..
mle la nk ngarang ntah pe2..


 ak just rindu nk menaip je di pagi hari yg  nyaman ni.
Al maklumlah tbe2 terigt kan sesuatu…
Sesuatu??apakah???

Nk  cter pasal handfon je.
Haish, korg ni asal ak ckp pasal hfon je mesti igt ak nk tukar baru..
Idok le, ak sayang hfon ak ni tau..
Semenjak 2 menjak ni hfon ak dh x salu berbunyi cm dulu
Dulu berpunya hari2 bermsj ngn org TERSAYANG
Skunk dh SINGLE ido k le lagi pgg hfon 24h kat tngan idok le nk t.up selalu
Sbb x guna pun juz tnggu parent col je barulah berbunyi..
Walaupun tahu x ada msj tp still bngun pagi cari hfon dulu baru la nk mandi ke, ap ke..
Dh macam benda wajib lak hari2 bngun tido ngok hfon dulu..
Korg pun mesti sama cm ak kn3??
(ngok2 dh sengeh2)

Bila dh SINGLE ni rasa lain la pulak
Ngok kwn2 ak berkepit je ngn hfon,  sengeh2 sorg2, ketawa2 la..
Peik tol.. tp dulu ak pun cm2 jgk(*blushing)
Tp apakan daya x ada sapa nk text dgn ak,skunk.

Walaupun dh nk dkt sebulan ak SINGLE tp ak still x ley nk terima.
Apalah nk jadi dengan ak ni yerk.
Npe lah ak susah sgt nk terima hakikat bahawa dia dh x suke kat ak.
Dunia oh dunia..

Hari2 ak igt n pikr kan dia tp…..
Dia?? Dia igt kat ak lagi ke??? =(
Hanya TUHAN yg tahu.
Kadang2 ak rasa diri ni BODOH  sgt sbb kenang benda dh lepas
Tp apakan daya ak insan yg lemah..
Siyesly ak still x ley lupakan bnda ni..until now!! Omg..

Kwn baik ak salu ckp
“uat pe ko dok igt2 kat dia ntah2 dia dh x igt kat ko lagi”
Buang msa ko  je, kumbang bukan sekor kat dunia.
Laki lau dia dh buang dia xda la nk jilat baliknye.
Tol kea pa yg kawn ak ckp??
Argh…lantak dowg la nk ck ap pun yg penting
Ak still igt n syg dia lagi.
Dh lama ktorg bersama ak x nk ending cmni sebenrnya.

Ak cuba tabahkan hati ini tapi ak x sekuat mana,
Ak tetap goyah dengan pendirian ku.
Skunk ni ak cuba tuk terima semua ni
Biar masa yg menentukan segalanye.
If ada umur yg panjang dptlah ak berjumpa insan y TERISTIMEW A
If x ak akur dengan semua dugaan yg telah d berikan.


p/s: i still love him... miz him s0o much..

9:58 AM





Apalah mimpi ak rini bangun2 pagi buka laptop comel ni.
Inilah yg d namakan budak zaman IT,hehehe
Bngun pagi mesti tgk handfon x pun laptop..
Tol x kwn2 ku???
(BETOL! Ak dh agk dh)

X ada mimpi pun sebenrnya
 Cuma ak rasa nk menaip je di pagi hari yg  nyaman ni.
Al maklumlah tbe2 terigt kan sesuatu…
Sesuatu??apakah???

Nk  cter pasal handfon je.
Haish, korg ni asal ak ckp pasal hfon je mesti igt ak nk tukar baru..
Idok le, ak sayang hfon ak ni tau..
Semenjak 2 menjak ni hfon ak dh x salu berbunyi cm dulu
Dulu berpunya hari2 bermsj ngn org TERSAYANG
Skunk dh SINGLE ido k le lagi pgg hfon 24h kat tngan idok le nk t.up selalu
Sbb x guna pun juz tnggu parent col je barulah berbunyi..
Walaupun tahu x ada msj tp still bngun pagi cari hfon dulu baru la nk mandi ke, ap ke..
Dh macam benda wajib lak hari2 bngun tido ngok hfon dulu..
Korg pun mesti sama cm ak kn3??
(ngok2 dh sengeh2)

Bila dh SINGLE ni rasa lain la pulak
Ngok kwn2 ak berkepit je ngn hfon,  sengeh2 sorg2, ketawa2 la..
Peik tol.. tp dulu ak pun cm2 jgk(*blushing)
Tp apakan daya x ada sapa nk text dgn ak,skunk.

Walaupun dh nk dkt sebulan ak SINGLE tp ak still x ley nk terima.
Apalah nk jadi dengan ak ni yerk.
Npe lah ak susah sgt nk terima hakikat bahawa dia dh x suke kat ak.
Dunia oh dunia..

Hari2 ak igt n pikr kan dia tp…..
Dia?? Dia igt kat ak lagi ke??? =(
Hanya TUHAN yg tahu.
Kadang2 ak rasa diri ni BODOH  sgt sbb kenang benda dh lepas
Tp apakan daya ak insan yg lemah..
Siyesly ak still x ley lupakan bnda ni..until now!! Omg..

Kwn baik ak salu ckp
“uat pe ko dok igt2 kat dia ntah2 dia dh x igt kat ko lagi”
Buang msa ko  je, kumbang bukan sekor kat dunia.
Laki lau dia dh buang dia xda la nk jilat baliknye.
Tol kea pa yg kawn ak ckp??
Argh…lantak dowg la nk ck ap pun yg penting
Ak still igt n syg dia lagi.
Dh lama ktorg bersama ak x nk ending cmni sebenrnya.

Ak cuba tabahkan hati ini tapi ak x sekuat mana,
Ak tetap goyah dengan pendirian ku.
Skunk ni ak cuba tuk terima semua ni
Biar masa yg menentukan segalanye.
If ada umur yg panjang dptlah ak berjumpa insan y TERISTIMEW A
If x ak akur dengan semua dugaan yg telah d berikan.

5:02 AM

Tuesday, February 15, 2011




Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.
Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.
Bukan! kata Tuhan.
Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
Bukan! tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.
Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.
(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 38)



11:27 PM