image
I SpEaK iN sILeNcE mOdE's Blog
image image image image
Tuesday, May 31, 2011

Apakah?? kerja apa yang tak pernah saya buat?
Makan tidur dah selalu dah..apa yer.... cepat fikir sama-sama
Dah penat fikir dah ke??? 
Jawapannya adalah: Saya jadi TUKANG GUNTING RAMBUT!
Omg! Betulkah??? siyes la, memang benar tak tipu..
Bahan experiment untuk hari ini adalah my sis.

Itulah asyik cakap nak potong rambut je,.. 
Ha biar kakaknya yang profesional ini tunjukkkan bakat yang ada.
Hahahaha..Takut jugak tapi my mum bagi green light apa lagi
terus panggil adikku dan mulakan operasi...
Beberapa minit kemudian......JENG..JENG..JENG.....

inilah hasilnya..

Bella: adik okay x ini?
Adik: okay la..suka cmni..
Bella: fuh! lega..dia suka..

Fffuuuuuhhhhh,,,, nasib baik okay..Kalau botak pakai rambut palsu je la dik oi..

p/s: sesiapa nak potong rambut inform me k.. :) adios




10:41 PM


Hai blogger sekalian...
Boring telah menguasai diriku 
mana tidaknya cuti4 bulan, lama sangat lol.
Gedix kan..Dh cuti bosan x cuti merungut2.
Haish, ni lah manusia...Ayoyoyo.. Bersyukkur la cuti lama
x payah nak fikir esemen, projek, test n seangkatan dengannya.

Rutin hari saya adalah on9 on9 dan terus on9.

Mak: Kamu x bosan ke ngadap laptop je. Sapa nak bayar bil?
         Kamu tahu x yang kadar elektrik dh naik..
Bella: Ala.... mak habis tu nak buat apa lagi. Elektrik naik ayah bayar. :)

Hehehehe,....dh kne marah pun saya still jgk ngadap lappy comel ini.
Okay la kan saya nk kongsi ngn korang tentang tajuk entry saya yg diatas 2,...npak x??
Kalau x nampak 3 kali jumaat lagi je la 2..huhuhu <gurau2 je>


Sila ambil PERHATIAN terhadap tajuk entry saya kali ini ye.
Ini semua adalah benar tak bohong..Tolonglah percaya.

Sebuah kajian di Guangzhou, China, mengatakan terlalu banyak menghabiskan masa
melayari internet akan mengalami tekanan perasaan. Lawrence Lam dari Sydney's
University Of Notre Dame's School Of Medicine juga membuat kesimpulan:

Tanda-tanda orang jadi tertekan:

  • menghabiskan masa sekurang-kurangnya 5-10jam di hadapan komputer.
  • perilaku gelisah
  • resah
  • mudah marah bila tidak berhadapan dengan komputer 
  • hilang minat untuk bersosial misalnya tidak berkumpul dengan kawan-kawan, sentiasa menolak untuk menghadiri acara perhimpunan keluarga dan kurang waktu dihabiskan bersama keluarga. 
Selain dari itu, faktor lain yang membuatkan seseorang itu makin parah
adalah kerana orang tersebut kurang tidur.

S0, pastikan anda2 semua tidak mengalami masalah tekanan 0k.. waspada!

p/s: kalau korang hadapi tekanan korang buat apa?

2:23 AM

Monday, May 30, 2011


Hai semua..
Ha...pagi2 ni saya blogwalking tbe2 terjumpa la
satu entry tentang KAMI BLOGGER BARU 
dari blog ini..
Walaupun, tarikh tutup malam ini p saya rasa masih sempat nak promote.
S0, saya nak join la kan b'c0z saya pun new blogger.

Saya suka blogwalking before saya mula jadi blogger.
Hampir setiap hari mesti nak on9 sbb nak baca blog.
Itulah kerja saya, walau sekejap pun masa yang ada still
nak on9 jugak. B'coz dengan berblogwalking saya rasa
happy je. Kadang2 entrynya sedih, gembira dan
kadang2 menyirap pun ada.
Then, saya pun mulalah berjinak2 dengan blog sbb kawan2 saya ramai
yang dh ada blog. Suka tengok blog dorag cantik2.
Entry pun best! Thumb up la bebeh!!


Kenapa saya nak join??
Sebabnya saya nak tambah kenalan dan mengenali blogger2 yang lain.
Bestkan kalau kenal ramai orang.
Bak kata pepatah "berkawan biar beribu"...

Bella nak tag:
mimin
si unta
tati

Okay itu sahaja...papai


9:58 PM


Hai semua.. Sorry la yer rini update blog dh mlm.
Al maklum la org bz.. <bz la sgt>
Apa2 je la kan...Korang amcm rini??
Okay semua..sehat???

Tak tahu nak berjoyah apa sebenrnya.
Tapi tbe2 terpk tentang orang yang tindik ntah dekat mana2..
Agak diaorg ni x sakit ke apa?
Pelik kan?? perlu ke pelik?
Ada yang kata ikot TREND, betulkah?haruskah?
Ntah apa2 la dorang ni.

Ada la kawan saya sorang dia tindik dkt lidah.
OMG! sakit kot. alangkah tergigit lidah dh sakit lagikan TINDIK!
Tindik telinga pun sakit.ayoyoyo..

Wurgh..tempat yang biasa diaorg tindik if dlm mulut adalah:

Ouchhh!!! Sakit k0t!

tindik bibir

tindik lidah

tindik anak tekak.

Tindik pipi.


Saya lak yang rasa ngilu.
Diorg ini buat semua ini x pikir risiko ke?
Nak cantik pun jangan la mengundang padah pada diri.
Macam mana la org nak npak kalu tindik dkt lidah.
Tak kan la nak jelir lidah 24h kan.
Apa2 je la di0rg ni asalkan dorg bahagia sudah lah.


Selain itu, berkemugkinan mengundang kesan sampingan yang lain.

Antara kesan:
1. Jangkitan selepas tindik di buat c0z mulut kita mengndungi berjuta-juta bakteria.
2. Pendarahan berterusan dan susah di kawal if tindikan terkena saluran darah.
3. Sakit dan bengkak akan berlaku
4. lidah menjadi bengkak, dan sukar untk bernafas, kecederaan gusi,geseran,
hilang deria rasa pada lidah, alahan pada logam, dan
penularan penyakit seperti 

, 
virus Herpes Simplex

sifilis

terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa bertindik.

Fikirlah sebelum bertindak!

P/S: if korang suka ikot korang la kan... fikir risikonye jugak.

7:56 AM

Saturday, May 28, 2011

Assalamualaikum n g0od m0rning sEmua.
Ha, apa plan korang hari ini.
Adakah hendak tido sepanjang hari??
Or kuo berjln2 dgn org tersayang?
Whatever la kan.Asalkan korang happy di hujung minggu ini.

Okay la kan rini nk berjoyah tentang tajuk entry 2.....
Mata ke atas dan letakkan tangan ke dada... 
Banyak sangat jalan kat dunia ini kan ada juga jalan yg kita x tahu.
So rini saya nak kongsi dengan semua pasal jalan2 ini.

J0m tengok gambar2 di bawah ini.

The Death Road ( Bolivia )

Guoliang Tunnel Road ( China )

Ruta 5 : Arica To Iquique Road ( Chile )

Siberian Road to Yakutsk ( Rusia )

Sichuan – Tibet Highway ( China )

James Dalton Highway ( Alaska )


Patiopoulo – Perdikaki Road ( Greece )


Trollstigen – Norway


The A682  Road – England


Stelvio Pass Road Trollstigen – Italy


7:56 PM


Hai awak semua....
Hari ini saya sangat2 la hepi sebab dapat jumpa
dgn minah joyah mek FARESHA..

Woot2, dia datang dari jauh ok..
Kelantan mari..Akhirnya berjaya dia menjejakkan kaki ke rumahku.
Wahai Neng amirah bila lagi mau bertandang ke sini.

Petang tadi ketorang mula la berjoyah2.
Macam biasa la kan berjoyah aktiviti utama bila bertemu.
Macam2 cerita la nak di joyahkan coz lama x jumpa.
Lama sangat ke?? baru sebulan je kot.

H0hoho..memandangkan kawan ku nak datang bertandang.
Mak saya pun apa lagi masak la kan.
Macam biasa masak, masak n masak,...
Biasa la tetamu datang rumah kenalah masak sedap2..
Nak tahu mak saya masak apa????

jeng..jeng...jeng....
LAKSA JOHOR...my favourite f0od ok. nyuuummm...

google je..sbb tadi x sempat nk amik gmbr.


Mek faresha makan ngn nikmatnye..Sodap la tu :p
Malu2 dia nak nambah.. saya tahu dia x cukup makan sepinggan je..
Hohohoho...jgn marah awak. just joking. :)
Settle dh laksa then mak saya hidangkan pencuci mulut pulak.

Puding jagung n air teh.

Itulah makanan yang saya saji untuk tetamu Mek Faresha!!!
Sayang kamu la bebeh... Dh siap makan macam biasa la mengundur diri.
Idok le lepas makan terus balik saya bawa dia jalan2 keliling kampung dulu sebelum hantar dia balik.


p/s: sian neng amirah x dpt mkn laksa johor.

5:22 AM

Thursday, May 26, 2011

Salam satu MALAYSIA.
Salam satu BLOGGER
Hai korang hope korang sehat2 semua okay.
Kalau x sehat cepat2 gi klink ke apa ke.
Jangan di biar sakit itu nanti merana diri.

Haish, saya bukan nak cerita pasal sakit2 ni.
Saya nk citer tentang tajuk entry saya arini.


Iaitu saya nk join SAGMEN BLOGLIST UNTUK BLOGGER BARU.
Saya dapat citer ni dari Blog cikgu wan muzik.
Kalau korang pun nak join di alu-alukan ye. 
Just klik sini...

Kenapa saya nak join??
Sebab saya blogger baru and friend x sampai 100 pun.
So apasalah saya join kan3..
Boleh la saya berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Saya nak tag kepada kawan blogger saya:
Unta
winod

Okay 2 je untuk entry kali ini..papai semua.
Have a nice day ye..





10:09 PM


Salam satu MALAYSIA
Salam satu Blogger.

Hari ini saya x da m0od nak berblogging.
Sebab hati tak tenang.
Kenapa la dengan saya ini.
Ya  Allah kuatkan lah hamba Mu ini menempuh ujian dari Mu.
AMIN!



Kenapa awak buat camni??
Awak tahu hati saya bagai di cincang2 semlm.
Macam saya dah tidak mampu berdiri sendiri awak.
Kenapa awak tak cakap sendiri dengan saya.
Kenapa perlu saya dapat tahu dari orang lain.
Kenapa awak??
Saya tak kesah pun if awak cakap sendiri.
Dah bukan jodoh saya dengan awak saya terima semua dugaan ini.
Walaupun hati ini sakit. Tapi....
Saya kena terima.




Saya berharap awak pergi dari hidup saya.
Saya tak sanggup menanggung derita ini.
Sakit awak tahu.
Biar la saya tanggung sendiri.
Saya akan sentiasa doakan awak bahagia dengan orang tersayang.

Saya terkilan awak buat cmni kat saya.
Tapi tak apalah semua ini sudah berlalu.
Asalkan awak happy saya pun happy.



saya harap saya kuat.


Dengarlah lagu AIZAT-PERGI....

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
(*)
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia.




12:03 AM

Tuesday, May 24, 2011

Hai semua hari saya nk kongsi ngn semua
tentang LUBUK BAHAYA..
Adakah anda pernah baca rencana ini.
Kalau dah baca okay la kan kalau yang belum j0m lihat.

Lubuk Bahaya.
Pokok gergasi, landskap aneh, ekstrem, gas beracun antara lokasi dilabel
"neraka" dunia.

Tiada siapa yang ingin masuk neraka..masyallah.
Neraka dikaitkan dengan panas, api dan bentuk seksaan
mengerikan semestinya tiada org yang impikan tempat seperti  itu.

Sebagai umat islam, gambaran neraka cuma diperoleh menerusi al-quran.
Namun hakikatnya ada beberapa tempat di dunia ini dilebalkan sbg "neraka"
OMG!! dimanakah tempat yang dikatakan itu yeee...
Jom chEck it 0ut...


  1. Namaskar Iceland,New Mexico.
  2. British Bandlands, pdg pasir tandus- Darvas Uzbekistan
  3. Socotra- trltk kira2 240km ke timur Afrika Selatan
  4. Vale de Lua, Brazil
  5. Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat
  6. Padany geotermal - Rotorna, New Zealand.


Socotra tempat paling pelik di bumi.

Bisti Badlands di Mexico City menjadi kubur dinasour


Bisti- Pintu masuk ke dunia lain.
- 70 tahun lalu tempat ini adalah hutan hujan s
sekarang sudha mnjadi tapak perkuburan kepada haiwan prasejarah- dinasour.


Namaskar Pass digelar pintu masuk neraka kerana dipenuhi kawah gunung berapi.


Di Namaskar terdpt byk kawah gunung berapi yang mendidih,
air pancut panas, kolam lumpur dan pembentukan lahar.


Richat Structure di Gurun Sahara mempunyai bentuk mata lembu.

Mata air panas di yellowstone, Amerika Syarikat mengeluarkan kalsium karbonat





Vale de Lua yang mengelirukan bagai berada di planet lain


Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel
adalah yang tertua dan paling aneh di dunia.


Api yang membakar kawasan Darvas digelar Pintu Neraka 
di Uzbekistan tidak pernah terpadam sejak 35 tahun lalu




Semua tempat ini adalh jauh tersasar dari apa yang digambarkan dalam Al-Quran.

Mungkinkah kewujudannya boleh dijadikan peringatan kepada manusia
betapa neraka akhirat jauh lebih menakutkan.

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... salam...

8:59 PM

Monday, May 23, 2011


Salam satu MALAYSIA!!!
Apa khabar semua..sihat???

Ha ni saya nk kongsi la kan.
Yang katanya daging bebola IKEA mengandungi campuran daging babi.
Haish.... adakah ini semua benar???
Dh berketol2 bebola 2 saya telan baru skunk 
keluar statment sedemikian..
OMG~~ subahanallah....

Jom kita terjah akan kesahihannya..





haram???

Ada yang mengatakan menu tersebut hanya
ada di luar negara dan menu tersebut tidak sama dengan Malaysia.

Terkini-  Ada sumber yang menyatakan bahawa Jakim mengatakan
mereka tidak memeriksa produk IKEA kerana IKEA tidak
pernah memohon sijil Halal dari Jakim.



Urmm.... saya pun x tahu detail tentang kesahihan ini.
Apa2 pun berwaspada lah.
Tp mmg x ley ckp la kan meatballs IKEA mmg sedap!
tak da kat tempat lain.

p/s: Makan selagi boleh..huhuhu..if tau x halal STOP IT k.... :)


9:03 PM

Sunday, May 22, 2011

PERHATIAN!!!! kepada gamer sila beri perhatian terhadap game yang berikut ye:




1) Devil May Cry 3





KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
“wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”
dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible.
Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
“Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy”.


Kalimah Allah pada ‘Pintu’ di dalam Permainan tersebut…

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam 

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki

4) Prince Of Persia

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit “ALLAHUAKBAR” & “JIHADD“.


6) Stronghold Crusader




Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.





7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock









Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.










Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.














Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8 ) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados”.
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut.
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!. 
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.





10:16 PM