image
I SpEaK iN sILeNcE mOdE's Blog
image image image image
Friday, February 4, 2011

kri0k...kri0k...kri0k..
Bunyi perut ku..huhuhu
Sudah jam 12 tghari masa untuk LUNCH

Ha arini saya mau makan
Ayam masak asam pedas...
yummy2...lapar2...


asam pedas ayam.


Inilah bahan-bahan y diperlukan untuk memasak...

Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
  • cili kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit, halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + daun kesum. Gaul la sampai sebati.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam. Gaul la puas2...
  6. Then, tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  7. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya.

cuba2 la ye..saya dh cuba anda bila lagi..
huhuhu...Ok sekian dari saya untuk hari ini..

SELAMAT MENCUBA!

9:05 PM